Pagi-pagi ni terasa macam nak berkongsi sesuatu, mungkin menda ni dah
ramai yang tahu, yang dah tahu mungkin boleh dijadikan sebagai
ingatan... pada yang rasa idea ni baru mungkin boleh dipraktikkan...
kita lihat dividen yang dibayar pada tahun 2010:
Semua orang muslim yang diberi kekuatan, diberi rezeki memasang niat
untuk menunaikan Haji.. maka ramai diantara kita mula menyimpan sama ada
membuat potongan gaji atau terus ke kaunter Tabung Haji... tapi,
pernah tak kita terfikir, hampir setiap tahun perbelanjaan utk
menunaikan haji ni semakin meningkat... cantik jer kita ada duit tetiba
jer Tabung Haji kata perbelanjaan terpaksa dinaikkan... Kita pun cari
duit lagi...
Jadi
macam mana nak buat?... Ideanya macam ni, apa kata kalu kita tukarkan
simpanan kita tadi ke bentuk emas..
Contoh yang terdekat adalah DINAR
EMAS... Setiap daripada kita tahu yang harga emas sentiasa meningkat
setiap tahun, jadi cuba kita tengok dan kaji rajah ni...
Mari kita gunakan simple matematik dan logik akal kita...
Mari kita gunakan simple matematik dan logik akal kita...
Kos Haji Dan Kepingan Dinar Yang Diperlukan:
Tahun 2002:-
Tahun 2002:-
- 1 Dinar = RM 140
- Kos Haji = 65 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 140
- Jumlah = RM9,100.00
- Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
- 1 Dinar = RM 502
- Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502
- Jumlah = RM 9,036.00
- Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
- 1 Dinar = RM 595
- Kos Haji = 17 keping x RM 595
- Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
(Sumber: http://www.tabunghaji.gov.my)
Sebenarnya harga dinar berubah setiap hari (bergantung kepada harga
emas). Harga turun naik setiap hari, jadi ianya sekitar 824 – 740
(bergantung kepada pengeluar dan ketulenan emas). Jadi kalau tengok,
berapa beza harga 1 dinar pada tahun ni berbanding 2010?
Dalam kata lebih mudah, walaupun harga menunaikan haji meningkat setiap
tahun, harga dinar juga meningkat setiap tahun! maka, Harga kos
menunaikan haji akan menurun sekiranya kita menyimpan Emas..
Fikir-fikirkanlah...